BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 27, 2009

dia merpati hijrah...



si merpati...
mana mungkin terbang tinggi..
mana mungkin terbang jauh..
tapi dia harus pergi u
ntuk seketika..
pergi kerna harapan untuk yang tinggal...
berbekalkan soalan untuk pulang dengan jawapan...

setiap awan yang ditempuhnya..
terlakar sejarah pahit dan manis....
yang pahit dia terima dengan kematangan...

yang manis dia bersyukur selepas kepiluan...

dek kerna harapan untuk yang tinggal...
semangatnya perlu kuat...
dikutipnya apa yang perlu untuk dibawa pulang...

kerna dia merpati hijrah...
ada yang menunggunya disana...
dia perlu pulang selepas segalanya selesai...
pulang atas kesedian dan bekalan untuk yang tinggal...

disana...
mereka menunggu penuh harapan...
moga bekalan soalan yang pergi bersama merpati tika dulu...
bakal pulang dengan jawapan harini...

hari ini..
genap sudah tempoh yang diberi...
merpati harus menamatkan penghijrahannya...

dari jauh sang merpati dapat melihat senyum mereka terukir...
ada yang riang ketawa...
ada juga melakar gembira dengan air mata...
harapan semoga persoalan dahulu terjawab...

MAMPUKAH MERPATI????

kerna dia merpati hijrah....

**pesanan kepada diri sendiri dan yang bakal pulang ke tanah air pada julai 09..insyaALLAH..


0 comments: