BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 24, 2009

kesilapan mengurus kewangan..(",)


assalamualaikum

Dihujung2 bulan ni..ramai yang mengeluh"...alamak,duit xcukup..!!.."..kawan,pinjam duit ko dulu,bulan depan aku bayar.."kenapa dan mengapa ia berlaku...semestinya pengungkap ayat2 seperti ini mengalami masalah kewangan...jom sama kita lihat dimana silapnya...(",) selamat membaca...

Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan.
Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri sendiri sudah berapa kali perkataan seperti “Tak apa”, “Nanti dulu”, “Lepas kahwin”, “bulan depan laa”, sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk kehidupan yg lbh terjamin pd ms akn datang.

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
i- Apakah 3 matlamat kewangan kita?
ii- Bila jangka masa pencapaiannya?
iii- Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?

Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.
Ermmm...bila berjalan mencuci mata...macam2 yang terpandang sale sana sini,potongan sana sini tak kurang juga media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah mata mahupun media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamour?

Disini hanya 3 punca saja sempat saya temui apakah kesilapan2 dalam mengurus kewanagan tidak kisahlah apa status yang dipegang ketika ini..pelajar ker,isteri ker,suami ke..ibu mahupun bapa...jom sama2 kita koreksi semula dimana kesilapan kita.jangan bersedih hati...rancanglah kewangan bermula hari ini..kita belum terlambat..selamat mencuba!!!

Friday, June 19, 2009

terima kasih n tahniah(^_^)

assalamualaikum...alhamdulillah ku panjatkan syukur padaNya...

15hb sept 2007 ku kira inilah tarikh keramat yang akan merubah sebahagian hidupku..pada tarikh ini aku dan teman yang lain sampai dibumi jordan.disini, segalanya kami kongsi bersama teman..sahabat n kawan..bermula lah episod baru bagi kami....kami perlu teruskan sebahgian lagi perjuangan bersama2 disini untuk sama2 capai kejayaan kelak..

agak kekok dengan kehidupan disini pada mulanya...untuk membiasakan diri dengan cuacanya..dengan keadaan kelas bersama student arab..memang kadang2 membuatkan aku semakain rindu dengan tanah air...semakin rindu dengan ayah bonda dikampung..apakan daya..segala kerinduan hanya mampu dilepaskan dicorong telefon...hanya dengan kata2 mampu menfsirkan segala perasaan tika ini....aku betul2 rindu..

2thun sudah berlalu...tidak banyk perubahan yang berlaku dibumi syam ini..debuan tanah syam yang berterbangan pun ku kira sudah lali..

17hb jun 2009...sekali lagi mnjadi hari paling bermakna buat diriku dan sahabat2..kami dah brgraduan..ketika namaku dipanggil untuk terima syahadah..ahh...ku kuatkan langkah...takungan mata sudah sarat ..hanya tunggu untuk ditumpahkan..setibanya dikerusi...kubuka syahadah yang diterima..tertera namaku...teringat pesanan kakakku semasa aku menelefonnya..."mak abah tengah tegok su naik pentas ni..."2 insan terpenting dalam hidup ku,tiada disisi dihari bahagiaku..tapi xper...su tetap rs mak abah ade kat atas tu..ni jer hadiah dari su..yang su mampu beri..su xpunyer harta..klu de pun harta berjuta2 ringgit blum tentu mampu mmbalas semua jasa mak abah..

..mak abah tunggu su balik..


selesai majlis konvo...keadaan dewan agak sesak..ku cuba untuk mendapatkan eka yang duduk dibarisan depan,aku nak die org pertama yang aku peluk dan ucap tahniah.."thanks frenku"...segalanya kukongsi bersamanya..perkenalan yang kita bina sejak 4thun lalu...akan sentiasa bersemadi dihati ini...juga sahabat2 lain yang banyak membantu diri ini..t.kasih,kenangan susah senang bersama tetap dihati...tahniah tuk semua...

thanks frenku...(^_^)


mengubat kepiluan hati dengan bergambar..huhu


tahniah dan terima kasih pada yang hadir...

semoga dengan anugerah yang dikurniakan ini...diredhoi olehNya...AMIN

Monday, June 8, 2009

elhamdulillah....


salam alaik...semoga semuanya sihat sejahtera walaupun sekarang ini kecoh dengan virus influenza H1N1.. bersyukurlah atas nikmat yang dikurniakan olehNYA..elhamdulillah...

skarang ni bumi syam dalm fatrah musim bunga,tapi keadaan nya seakan2 sudah masuk musim panas..masyaallah panasnya..bagi yang xtahan dengan cuaca begini..mau demam dibuatnya...walaupun begitu..ada yang istimewa musim ni...buah yang keluar dibumi 4musim tika ini..sedap2 belaka..antaranya mish-mish,syamam,...elhamdulillah sepanjang 2thn disini sempat jugak 2kali bertemu dengan musim bunga sekaligus dapat merasa buah2 yang xde kat malaysia n dapat lihat cantik nya bunga2 yang memenuhi hamparan bumi syam ni..elhamdulillah...

elhamdulillah...fatrah exam pun dah lama berlalu...dan result atas segala usaha pun da keluar..bagi yang dah bergraduate,mabruk alaikum dan selamat pulang ke tanah air bercinta..mg masa hadapan kalian lebih cerah..

semalam bertarikh 7jun 2009...sekali lagi kupanjatkan kesyukuran kerana telah lulus ujian teori driving liciense..elhamdulillah...walaupun prosudernya agak rumit ditambah dengan keras kepala arab lagi dengan cuaca yang terik...mau naik angin jgk aku dibuatnya...agak tidak percaya jgak aku dikalangn mereka yang najah...elhamdulillah..akhir bulan ni pula test JPJ...mg lulus...n dapat pulang dengan 2 sijil...:-)

segalanya yang berlaku kupanjatkan syukur padanya..elhamdulillah...

Tuesday, June 2, 2009




Perkara-perkara yang membuat Kita hilang ingatan Dan tumpul minda

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus Dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang Ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut Dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma Dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam Dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selalu menggunakan imajenasi otak


Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana
Disitulah terdapat banyak ion2 negetif Dan cahaya matahari infra merah
(terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana
Hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk
Kegunaan Kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit


Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang Ada pewarna

Jangan makan makanan yang Ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam


......Dan yang paling penting dibawah ini.........


Selamat beramal.....


Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.


Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah Kita.

Jangan makan Dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana IA membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh Dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
Berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH Dan DOA makan. Nanti rezeki Kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut Kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh Dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan Mata liar di perjalanan. Nanti hati Kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa Dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur Dan memurahkan rezeki Kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana IA adalah ciri-ciri munafik Dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama Dan hidup di sana lebih lama Dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.



Wasalam

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun' (Sabda Rasulullah SAW)

Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu Dan mengampuni bagimu Dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah Dan Rasul-Nya, maka Sesungguhnya IA telah mendapat kemenangan yang besar.' (Surah Al-Ahzab:71) -