BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 24, 2009

kesilapan mengurus kewangan..(",)


assalamualaikum

Dihujung2 bulan ni..ramai yang mengeluh"...alamak,duit xcukup..!!.."..kawan,pinjam duit ko dulu,bulan depan aku bayar.."kenapa dan mengapa ia berlaku...semestinya pengungkap ayat2 seperti ini mengalami masalah kewangan...jom sama kita lihat dimana silapnya...(",) selamat membaca...

Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan.
Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri sendiri sudah berapa kali perkataan seperti “Tak apa”, “Nanti dulu”, “Lepas kahwin”, “bulan depan laa”, sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk kehidupan yg lbh terjamin pd ms akn datang.

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
i- Apakah 3 matlamat kewangan kita?
ii- Bila jangka masa pencapaiannya?
iii- Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?

Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.
Ermmm...bila berjalan mencuci mata...macam2 yang terpandang sale sana sini,potongan sana sini tak kurang juga media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah mata mahupun media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamour?

Disini hanya 3 punca saja sempat saya temui apakah kesilapan2 dalam mengurus kewanagan tidak kisahlah apa status yang dipegang ketika ini..pelajar ker,isteri ker,suami ke..ibu mahupun bapa...jom sama2 kita koreksi semula dimana kesilapan kita.jangan bersedih hati...rancanglah kewangan bermula hari ini..kita belum terlambat..selamat mencuba!!!

0 comments: