BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 19, 2009

terima kasih n tahniah(^_^)

assalamualaikum...alhamdulillah ku panjatkan syukur padaNya...

15hb sept 2007 ku kira inilah tarikh keramat yang akan merubah sebahagian hidupku..pada tarikh ini aku dan teman yang lain sampai dibumi jordan.disini, segalanya kami kongsi bersama teman..sahabat n kawan..bermula lah episod baru bagi kami....kami perlu teruskan sebahgian lagi perjuangan bersama2 disini untuk sama2 capai kejayaan kelak..

agak kekok dengan kehidupan disini pada mulanya...untuk membiasakan diri dengan cuacanya..dengan keadaan kelas bersama student arab..memang kadang2 membuatkan aku semakain rindu dengan tanah air...semakin rindu dengan ayah bonda dikampung..apakan daya..segala kerinduan hanya mampu dilepaskan dicorong telefon...hanya dengan kata2 mampu menfsirkan segala perasaan tika ini....aku betul2 rindu..

2thun sudah berlalu...tidak banyk perubahan yang berlaku dibumi syam ini..debuan tanah syam yang berterbangan pun ku kira sudah lali..

17hb jun 2009...sekali lagi mnjadi hari paling bermakna buat diriku dan sahabat2..kami dah brgraduan..ketika namaku dipanggil untuk terima syahadah..ahh...ku kuatkan langkah...takungan mata sudah sarat ..hanya tunggu untuk ditumpahkan..setibanya dikerusi...kubuka syahadah yang diterima..tertera namaku...teringat pesanan kakakku semasa aku menelefonnya..."mak abah tengah tegok su naik pentas ni..."2 insan terpenting dalam hidup ku,tiada disisi dihari bahagiaku..tapi xper...su tetap rs mak abah ade kat atas tu..ni jer hadiah dari su..yang su mampu beri..su xpunyer harta..klu de pun harta berjuta2 ringgit blum tentu mampu mmbalas semua jasa mak abah..

..mak abah tunggu su balik..


selesai majlis konvo...keadaan dewan agak sesak..ku cuba untuk mendapatkan eka yang duduk dibarisan depan,aku nak die org pertama yang aku peluk dan ucap tahniah.."thanks frenku"...segalanya kukongsi bersamanya..perkenalan yang kita bina sejak 4thun lalu...akan sentiasa bersemadi dihati ini...juga sahabat2 lain yang banyak membantu diri ini..t.kasih,kenangan susah senang bersama tetap dihati...tahniah tuk semua...

thanks frenku...(^_^)


mengubat kepiluan hati dengan bergambar..huhu


tahniah dan terima kasih pada yang hadir...

semoga dengan anugerah yang dikurniakan ini...diredhoi olehNya...AMIN

0 comments: